Saturday, 18 December 2010

Kelebihan Pembinaan Minisite Bagi Usahawan Baru

Apa khabar semua...


Hari ini saya ingin berkongsikan pula tentang kelebihan pembinaan minisite bagi bakal usahawan baru internet terutama sekali buat anda…Pada post sebelum ini, saya telah menerangkan bahawa terdapat pelbagai jenis konsep laman web yang boleh anda bangunkan. Namun, laman web yang paling berkesan dan menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite. Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya adalah berkos murah. Ya, pembinaan minisite adalah amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma sahaja! Antara kelebihan lain laman web berkonsepkan minisite ini adalah kos maintenance nya yang rendah. Sebagai contoh jika anda ingin mengubahsuai isikandungan web anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah edit kembali kandungan dan uploadkan ke internet. Cukup mudah dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.Seterusnya dengan menggunakan minisite, anda juga mampu menyekat pelawat web daripada terganggu dengan lain – lain promosi produk.

Sebagai contoh, jika di shopping cart, pelawat web mungkin akan jadi rambang mata... mereka akan klik sana sini untuk melihat produk – produk… namun akhirnya tidak akan membuat pembelian. Berbanding dengan minisite, pelawat web hanya mempunyai 2 pilihan sahaja iaitu:

1) Memberi respon kepada promosi anda
2) meninggalkan web anda.

Jika penulisan ayat jualan anda yakni copywriting anda baik, maka anda mungkin dapat mempengaruhi pelawat untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan. Baiklah, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi =)

Ikhlas,Aishah Othman

p/s – Jangan lupa kalau anda belum tahu cara nak bina laman web minisite, segera dapatkan informasi di http://jvcommerce.com/main/s3/158ug/4938

No comments:

Post a Comment