Tuesday 21 December 2010

Oopppsssssssss.....Tunggu sebentar

Di mulakan dengan Bismilah....

Kenapa di suruh tunggu?? haaaa, ada cerita baik pada peniaga-peniaga online mahu pun pada sesiapa yg ingin memulakan perniagaan online, kalu bukan pon kenapa tak stayback dan teruskan membaca.. manalah tao nanti-nanti nak ceburi bisnes online, kan dah ada sumber. Teruskan membaca utk memahami apakah isi yg terkandung dalam blog nie.....

Info nie!!!
tak nak tambah knowladge ker?!!!
Good luck yer!!

Monday 20 December 2010

Rahsia Besar Minisite

Salam Sejahtera..

Sudahkah anda mula membina laman pemasaran anda? Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit rahsia besar penggunaan laman web minisite untuk aktiviti pemasaran anda di internet.

Pertama sekali, sebagai seorang usahawan internet… Anda perlu mengumpulkan senarai prospek untuk tujuan pemasaran anda. Jadi, mungkin anda tertanya – tanya bagaimana untuk mengumpulkan prospek ini?Caranya adalah, anda terlebih dahulu perlu kenali apakah pasaran yang ingin anda ceburi. Seterusnya anda perlu lihat apakah permintaan yang ada di pasaran tersebut. Lihat apakah masalah yang dihadapi oleh pasaran dan seterusnya anda bekalkan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Anda boleh mendapatkan senarai prospek dengan menawarkan khidmat percuma kepada pengguna yang menghadapi masalah tersebut. Maksud khidmat percuma ini adalah seperti membekalkan tips – tips percuma yang boleh membantu mereka. Sebagai contoh jika anda masuk ke pasaran “mengurangkan berat banda”, anda boleh menawarkan tips – tips mengurangkan berat badan secara percuma kepada pengguna yang menghadapi masalah berat badan tersebut. Setelah anda memperolehi sejumlah prospek, maka anda mampu untuk mempromosikan pula produk berbayar kepada mereka.

Sebagai contoh:-
jika anda menyertai syarikat jualan langsung, maka anda boleh mempromosikan
produk – produk mengurangkan berat badan  daripada syarikat tersebut. Oleh kerana prospek anda adalah pengguna yang menghadapi masalah dengan berat badan, maka apabila anda tawarkan produk yang bersesuaian, mereka mungkin akan membelinya.

Bayangkan jika anda mempunyai 2000 orang senarai prospek yang berada di dalam mailing list anda??.... Sekiranya 100 orang yang membuat pembelian pada waktu anda melakukan promosi menerusi email, maka berapakah keuntungan yang bakal anda perolehi?

Katakan setiap jualan anda untung RM50.00…Jika 100 orang yang beli, maka anda mampu meraih keuntungan RM5000.00 hanya menerusi email sahaja!! Maka dengan itu, anda perlu membina satu halaman yang mampu menangkap prospek – prospek yang mempunyai masalah di dalam pasaran yang ingin anda ceburi.  Cara untuk menangkap butiran prospek ini adalah dengan membina halaman minisite yang dikenali sebagai squeeze page…Jika anda ingin tahu, rata – rata JUTAWAN internet mampu menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda adalah kerana mereka memiliki sejumlah prospek yang besar! Oleh itu, jika anda ingin “survive” dalam pemasaran internet, jangan bertangguh lagi. Bina segera laman pemasaran anda pada hari ini juga. Jika anda tak tahu cara untuk membina laman pemasaran anda sila Layari ke http://jvcommerce.com/main/s3/158ug/4938 dan dapatkan penyelesaian kepada masalah anda. ;)

ikhlas,Aishah Othman


Pakej Tutorial Jana Wang Adsense
http://jvcommerce.com/main/s3/193xa/4938

Pakej SistemBorang.com
http://jvcommerce.com/main/s3/185yi/4938


Pakej SistemBlog.com
http://jvcommerce.com/main/s3/153qq/4938

Saturday 18 December 2010

Kelebihan Pembinaan Minisite Bagi Usahawan Baru

Apa khabar semua...


Hari ini saya ingin berkongsikan pula tentang kelebihan pembinaan minisite bagi bakal usahawan baru internet terutama sekali buat anda…Pada post sebelum ini, saya telah menerangkan bahawa terdapat pelbagai jenis konsep laman web yang boleh anda bangunkan. Namun, laman web yang paling berkesan dan menguntungkan untuk pemasaran internet adalah laman web yang berkonsepkan minisite. Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya adalah berkos murah. Ya, pembinaan minisite adalah amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma sahaja! Antara kelebihan lain laman web berkonsepkan minisite ini adalah kos maintenance nya yang rendah. Sebagai contoh jika anda ingin mengubahsuai isikandungan web anda, perkara yang perlu anda lakukan adalah edit kembali kandungan dan uploadkan ke internet. Cukup mudah dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa anda.Seterusnya dengan menggunakan minisite, anda juga mampu menyekat pelawat web daripada terganggu dengan lain – lain promosi produk.

Sebagai contoh, jika di shopping cart, pelawat web mungkin akan jadi rambang mata... mereka akan klik sana sini untuk melihat produk – produk… namun akhirnya tidak akan membuat pembelian. Berbanding dengan minisite, pelawat web hanya mempunyai 2 pilihan sahaja iaitu:

1) Memberi respon kepada promosi anda
2) meninggalkan web anda.

Jika penulisan ayat jualan anda yakni copywriting anda baik, maka anda mungkin dapat mempengaruhi pelawat untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan. Baiklah, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi =)

Ikhlas,Aishah Othman

p/s – Jangan lupa kalau anda belum tahu cara nak bina laman web minisite, segera dapatkan informasi di http://jvcommerce.com/main/s3/158ug/4938

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet

Salam sejahtera,

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite?!! Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya. Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet. Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite. Mengapa saya katakan sedemikian??  Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja.  Jika lain – lain jenis laman web sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa. Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.

Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda. Anda boleh gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload dan sebagainya. Saya tak mahu bercerita panjang, apa kata anda lihat sahaja ke URL berikut untuk maklumat lanjut  http://jvcommerce.com/main/s3/158ug/4938

Ikhlas,Aishah Othman